Tuesday, April 7, 2015

Pregnancy Journey - JJ Cole Collections Body Support

assalamualaikum...

Hari ni dah masuk 34weeks 2days da.
kejap je rasa.
Rasanya baru je 6 minggu waktu mula2 tau dulu.
Ni lagi 5 minggu lebih je.
Perasaan tu jangan cakap la.
excited, cuak semua ada.

Alhamdulillah barang-barang mostly da setel semua.
tp part nak packing tu yang malas...
hahah. takpe. nanti kita buli ayah dia suh packing.

bila nak ada baby ni, keperluan anak tu memang akan dilebihkan la.
hahah. barang wanie sendiri pon ada yang tak beli lagi.
biasa la. siapa taknak yang terbaik untuk anak kan,
lagi-lagi anak first, yela sebab semua barang takde lagi.

harini wanie nak share pasal satu barang yang wanie rasa
every parents should have la.

JJ COLE COLLECTIONS BODY SUPPORT





JJ Cole Body Support sesuai untuk baby baru lahir sampai la besar..
sesuai untuk letak dalam stroller ataupun carseat..
yla baby baru lahir ni kan kecil lagi.
so if letak dalam car seat ke dalam stroller ke, nanti senget benget la kepala dia...hehehe
kejap lentok kiri, kejap lentok kanan..

tapi dengan ada nye JJ Cole Body Support ni,
insyaallah baby akan duduk dengan selesa.
Kita sebagai parents pon tak perlu lagi risau nak tengok kepala anak senget sini, senget sana.

Yang bagusnya JJ Cole body support ni boleh basuh dengan washing machine.
so, tak payah la mak bersusah-susah nak basuh tangan if ada makanan tumpah ke, susu tumpah ke.
memang terbaik la JJ Cole body support ni.

JJ Cole body support ni didatangkan dalam 2 warna, pink dan brown (khaki)
so, siapa2 yang berminat nak buat anak dia lagi selesa,

boleh la pm atau whatsapp wanie
0132390973


follow kt instagram kedai_wanie kalau nak tengok lebih lanjut.





ni translation dalam inggeris pulak ye, mana tau kot2 ada readers dari US ke.. hahaha

JJ Cole's reversible body support has soft velour on one side and a breathable embroidered knit on the other, providing comfort to baby in any season. The head support is adjustable and detachable, which accommodates baby's growth.
• reversible fabrics for year round comfort
• fits snugly around infants of all sizes
• machine washable
• crash tested
Age Grade: Age: birth and up

ok la. assalamualaikum :)

Friday, April 3, 2015

resepi mudah ayam masak hitam manis

ayam masak hitam manis

ayam hitam manis- gambar dari google

sedap tak ayam tu? hihi
siapa2 yang tengah lapar ni mesti meleleh dah air liur.
hari ni nak share satu resepi feveret suami kite la. hahah gedik.
tapi kite dah lama x masak.
ok enjoy the recipe :)

bahan-bahan
  1. ayam-ikut suka nak banyak mana (selalu buat dalam 6 potong or bahagian, it is potong?)
  2. bawang besar-tumbuk ( wanie selalu guna 1 + 1/2 biji)
  3. cili besar-tumbuk ( wanie selalu guna 1 tangkai)
  4. cili padi - tumbuk (dalam 10 biji, ikut tahap pedas masing2)
  5. kicap
  6. air asam jawa (satu mangkuk kecik or satu cawan, kalau nk sangat berkuah, guna la banyak lagi)


ps: bahan2 ni bergantung kepada jumlah ayam


cara-cara
  1. goreng ayam (pastu letak tepi)
  2. panaskan minyak- atau guna minyak ayam tadi,
  3. tumis bawang besar, cili padi dan cili besar yang telah ditumbuk sehinggga wangi
  4. masukkan kicap dan air asam jawa
  5. masukkan perasa seperti garam dan ajinomoto
  6. masukkan ayam
  7. kacau sehingga menepati cita rasa
  8. siap dan boleh dihidangkan
at first, masa husband kata favourite dia ayam masak hitam manis ni,
mmg xtau masak apa tu.
bila balik umah mertua, mak masak, 
and wanie rasa, oh sedap gak, manis2 pedas
actually takde la manis sangat, dia light2 je manis and rasa pedas.
tu yang sedap tu.

after tu bila balik rumah, try la buat, husband pon tau cmne nak buat
so akhirnya dah hafal la cara masak ayam ni.
tp selalu buat kuah terlebih sebab nanti husband mesti komen,
banyaknya kuah. hahah
nampak sangat mmg jenis x reti nak agak banyak mana nak letak air asam jawa tu.
hihihi.

so selamat mencuba ye :)

Saturday, March 7, 2015

resepi donut paling mudah dan senang

Assalamualaikum.

Semalam try buat donut.
Dah lame teringin nak makan donut.
First aritu gune resepi kat Google.
Macam2 bahannya.
Banyak pulak tu. Last2 x jadi sebab lembik pastu duk tambah tepung.
Bile goreng ok tapi rasa da masam.
Mana tak nya. Bape kali da tepung tu naik.
Pastu, dah tak jadi terus whatsapp kak long tanya resepi. Kenapa tanya kak long, sebab ayah suka donut Kak long buat, lembut.

Bila dah dapat resepi tu, tak buat pon lagi.
Dah nak dekat sebulan baru buat.
Semalam baru teringin nak buat..
Donut kasih sayang cinta abadi first timer


Donut kasih sayang cinta abadi first timer

Bahan-bahan
  1. 2 cawan tepung gandum, jangan mampatkan
  2. 1+1/2 sudu besar planta
  3. 2 sudu besar susu pekat manis
  4. 1/2 bungkus mauripan
  5. Sedikit air
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali air
  2. Kemudian masuk kan air sikit-sikit
  3. Uli bagi jadi doh
  4. Biarkan sebentar bagi doh naik. Dalam setengah jam
  5. Bentukkan sesuka hati anda. Ikut la nak buat bentuk apa pon. 
  6. Panaskan minyak. Biar minyak betul2 panas baru goreng. Donut kejap je dah masak. Jangan sampai hangus. 
  7. Bila dah sejuk, gaul dengan gula halus.
  8. Siap untuk dimakan.
Nota; air jgn letak banyak sangat. Nanti lembik. 

Siapa2 first timer nak try resepi ni insyaallah senang dan menjadi sebab aku pon first time gak. Sebab tu aku namakan donut kasih saying cinta abadi first timer. 

Tq to Kak long sebab bagi resepi ni. Alhamdulillah puas hati Mak buyong dpt buat donut ni. Donut lembut n rangup.
Donut besar kecik besar kecik...hehe




Friday, March 6, 2015

perfume original reject

Assalamualaikum. Hari ni nak cerita sikit pasal perfume original reject ni.
mostly org ingat perfume original reject ni fake atau tiruan. Tu salah sama sekali. perfume original reject ni bukan tiruan, dia sama dengan perfume original tapi kualiti kurang sikit disebabkan botol atau packaging. Bukan kualiti kurang dari segi perfume. Perfume itu asli, original. Semua perfume original reject yang dtg dari oversea xde kotak. Perfume yang dtg dengan kotak adalah fake.

OK, kat sini nak bagitau sikit antara sebab2 perfume ni boleh jadi perfume original reject

After shipping reject
After shipping reject ni selalunya ada defect kat packaging box bukan kat botol. So, diorang akan return balik kat warehouse sebab takde customer nak beli defect items kat kaunter. Yela kan, harga mahal, tapi kotak senget benget, sape la nak beli kan?

Factory reject
Mustahil lah production boleh dapat 100% kan? Kebanyakkan company atau kilang boleh capai 99.8% output dimana 0.2% lagi rejected. For example la kan production 100000; 99.8 *100000= 99800 botol. baki 200 lagi rejected. kenapa rejected? mungkin ada scratch kat botol, salah branding or etc. Perfume yang rejected ni takkan dibuang, diorang ada vendor untuk proses disposal.

Expired  
After sesuatu tempoh masa, perfume akan expired. Contohnya, one batch valid for one year, so after satu tahun, perfume yang tidak terjual akan dipulangkan ke kilang balik. Perfume still dalam good condition even after the expired date. So, some people akan jual dalam harga yang lebih rendah because they are expired.

So, hopefully semua orang dapat faham apa itu perfume original reject. Perfume original reject bukan fake, cuma kurang dari segi kualiti pada botol atau packaging.

So, siapa2 yang teringin nak pakai perfume brand terkenal, dengan harga boleh capai 50% less dari harga kat kaunter boleh lah contact WANIE - 0132390973. Boleh jgak follow ig kedai_wanie. Insyaallah harga memang mampu milik.

Victoria's secret
Jean Paul Gartier
Hermes

Tuesday, March 3, 2015

Result SPM 2014

Assalamualaikum.
Hari ni result spm 2014 keluar.
Teringat 8 tahun yg lalu.
Kenangan btol p skola amek result
Walaupun result x berapa nak cantik,
Tp Alhamdulillah, bersyukur dgn apa yg ada. Setiap yg berlaku ada hikmahnya.

To adik2 STF, congrats. 2nd in SBP. So proud of u.
Result SPM 2014 for SBP

To those yg result bagus, Alhamdulillah.
Bersyukur n jadi yg lg baik for the future.
Untuk yg result x berapa nak bagus tu, jgn upset. SPM bukanlah segalanya. Insyaallah untuk next2 exam, or test, buat yg terbaik. Jadikan result spm sebagai cabaran.
N one more thing, choose what u love to do, nothing goes wrong if u don't choose science stream or famous course.
Apa2 pon, gud luck for ur future undertaking.
Paling penting letakkan Allah di tempat paling tinggi.
Insyaallah apa yang berlaku, kita akan lebih tenang.




Monday, February 16, 2015

cara ambil serai dari pokok

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Dh makan belum?
Aku baru siap masak. Penat betul. Rasa macam berlari 100m.

Masak tgok buku resepi. Hihi. Pastu masak kne pkai serai. So bermulalah sesi Google cara nak ambil serai dari pokoknye. Haha. Ni la namenye org x pnah amek serai. Selama ni beli je.

Last2 x jumpe pon carenye. Cara terakhir call husband la. Husband kate tarik je. Huh? Bapak senang. Husband kate sebab serai tu baru tanam. So xsmpt lagi akar nk tumbuh. Hihi. Oh lupe pulak nk cakap haritu kitorg gardening. Tanam sikit2 pokok yg berguna. Nanti akan up entry pasal pokok yang kitorg tanam. Resepi lauk hari ni, kalau rajin nti aku up kn.  

Sunday, February 15, 2015

bihun goreng paling senang :)

assalamualaikum

pagi tdi masak bihun
tp liat. hahaha
haritu masak ok je.
so before terlupa cara nak masak, ingredient dia, baik tulis kt blog
at least nanti if terlupa,
boleh recall balik


resepi masak bihun paling senang abad ini

bahan-bahan


  1. bihun- rendam bagi lama sikit so nanti x liat
  2. rencah- ayam,udang, sotong (ikut suka nak banyak mana)
  3. cili kisar
  4. bawang besar- tumbuk
  5. ikan bilis- tumbuk
  6. any sayur , me suka letak sawi x pon kubis


cara-cara

1) panaskan minyak
2) masuk bawang besar yang dah ditumbuk dengan  ikan bilis
3) bila dah naik bau, masuk cili kisar sampai la naik minyak
4) tambahkan perasa seperti garam n ajinamoto
5) masukkan kicap, kacau sebati. hahah ayat macam buat cookies
6) masukkan sayur
7) masukkan bihun
8) kacau la semua bahan sampai puas hati.
9) boleh dihidangkan :)

bila tengok cara nak buat, bapak la senang
tapi tu la,
dulu before kahwin mmg x pnah buat
malas nak belajar.
tapi after kahwin ni,
nak bagi laki makan, alhamdulillah
dah pandai buat
tp kategori x terer lagi macam mak

so kesimpulannya, meh la start blaja dari skrg,
yg kahwin ke, yg x kahwin lagi ke,
kena belajar dari sekarang.

panjang pulak karangan ni. hahaha
ok la. assalamualaikum

a new comeback

assalamualaikum.
uish lame btol x update. tgok last update 2013,
now dh 2015. lame btol. hahaha
tgok kt draft siap ade review 2013 tp x post2. hihihi

insyaallah, will be updating and active back in blogging.
what actually happen since almost 2 years not updating any entry?
i'm entering my new phase, becoming someone wife n insyaallah will become a mother :)
so busy in housewife chores n adapting to my new life..

will update soon about my marriage life n what happen between this two years.
see you soon in next entry.
assalamualaikum :)